Program Latihan Lestari Siri IV Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2019

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 dan 24 Februari 2019 yang lalu, Staff Pusat Internet PPR Kg. Baru Air Panas telah menghadiri kursus Latihan Lestari Siri IV Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2019 dibawah kelolaan Universiti Malaysia Kelantan. Program ini telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur. Latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang Keusahawanan serta Pengurusan Kewangan Berkesan dalam kalangan Pengurus dan juga Penolong Pengurus Pusat Internet di bawah seliaan Institut Perusahaan Kecil Dan Sederhana (ISME), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Secara tidak langsung Latihan ini boleh di aplikasikan kepada komuniti dan juga pengunjung Pusat Internet.

Program Latihan Lestari Siri IV Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2019 dibawah kelolaan Universiti Malaysia Kelantan ini telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur. Kelas ini yang berlansung selama 9 jam bermula dari 8 pagi dan dihadiri oleh seramai 20 orang peserta dan kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali